Catan Cat Air

"Bumi Bahagia Lombong Bijeh Timah"






“ Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya “
Karya Abdullah Ariff
Tahun 1960
Cat air
36.4 x 54.1 cm

Dipetik dari katalog Balai Seni Lukis Negara Koleksi 1958-1988. Copyrights: Terbitan Balai Seni Lukis Negara Malaysia, No.2, Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur. Tel : 03-4025 4990 / 03- 4026 7000

Karya ini dihasilkan ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah. Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi akan datang.

Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan seni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air. Abdullah Ariff bersama Yong Mun Sen telah diiktiraf sebagai perintis lukisan cat air di Malaysia (Pioneer artists of Malaysia).

Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik ‘wash’ dan bersifat konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.

LATAR RUANG

Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan ‘wash’ yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik beratkan

Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang mencangkul dan mengandar bijih.

KECAIRAN

Penonjolan ‘wash’ atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang tersendiri ini adalah sifat ‘wash’ itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan. Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.

Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asas komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu dan inilah ciri-ciri istimewa catan air. Persoalannya bahagian manakah dalam catan air yang perlukan kecairan? Jawapannya perlu dilihat kembali peranan kecairan itu yang patut berada dalam keadaan membantu komposisi, menaikan tarikan cahaya atau menambah nilai kekuatan warna.

Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas.

Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis. Perlu diingat dalam kecairan kesan lutsinar dan kesan spontan adalah antara ciri-ciri kecantikan. Jika kesan kecairan yang keterlaluan, catan air akan kehilangan lutsinar. Manakala kesan spontan akan lahir sendiri melalui latihan dan kawalan.

Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini yang membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.

Komposisi berperanan penting membantu kecairan menjadi seimbang. Jika tersalah pilih komposisi maka ia kurang membantu kecairan. Komposisi itu adalah kunci untuk warna cair mengembang dan menyerlahkan imej.

Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama menikmati keindahan alam.

Monday, March 22, 2010 at 7:05 AM , 0 Comments

Proses Mencatan


1. Buat lakaran kasar dengan pensel atau arang
2. Warnakan latarbelakang mengikut warna objek
3. Memperincikan catan dengan berus yang lebih halus supaya wujud kesan perspektif, bentuk dan jalinan
4. Kemasan dan persembahan dengan membingkaikan catan



Girl and Animal



Copenhagen, Leonid Afremov




Wolf, Impressionistic
Catan Impasto










at 6:50 AM , 0 Comments

Prosedur Catan


1. Sejenis pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub

2. Bahan Pengilat ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat.

3. Bahantara yang digunakan ialah turpentine.

4. Ciri-ciri: bersifat legap, licin, dan berkilat, kasar berjalinan, terpulang kepada teknik mencatan

5. Alat dan bahan yang digunakan seperti berus pelbagai saiz, pisau palet, plat pembancuh warna, bekas minyak linsid, turpentine, kekuda (easel), kanvas atau sebarang permukaan.





Cat Minyak





Pelbagai bentuk berus




Minyak Linsid








Kanvas yang telah diregangkan







Kekuda (easel)



Proses penyediaan kanvas

1. Siapkan pemidang kayu mengikut saiz yang dikehendaki (pastikan kukuh dan tidak boleh dilentur)

2. Gunakan stapler gun untuk meregangkan kanvas atau kain belacu

3. Kain dipaku di sisi pemidang dengan kemas dan tegang

4. Sapukan gam kanji yang cair, glu enamel atau akrilik primer untuk menutup lubang pada kain

5. Sapukan cat emulsi putih ke atas lapisan gam kanji cair tadi setelah kering

6. Pastikan jalur catan emulsi menyilang supaya permukaan kanvas rata dan licin








Proses memasang kanvas ke bingkai kayu















at 6:03 AM , 0 Comments

Bahan Catan



Cat Minyak





Cat Air










Cat Poster





Cat Akrilik



Cat Tempera


















































































































































at 2:22 AM , 0 Comments

Media Catan

Catan Cat Poster


Catan Cat tempera


Catan Cat Minyak



Catan Cat Gouche


Catan Cat Air





at 1:39 AM , 0 Comments

Catan Cat Minyak


Bathing at Asnieres, Georges Seurat, 1883.



The Sunflowers, Vincent van Gogh, 1888.


Amran Omar


Fruits

Seasons












Sunday, March 21, 2010 at 11:43 PM , 0 Comments

CATAN-Aliran Seni Catan Barat


Definisi catan

• Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan.

• Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya.



Sejarah Seni Catan

• Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko.

• Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko.

• Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.



Karya Delacroix

• Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme

• Berjodol Liberty Leading the People (1830).

• Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.


Karya Van Gogh


Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19. Aliran Impressionisme.
Berjodol : Bedroom.mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang.
Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.



Karya Warhol

Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20

• Aliran Pop Art.

• Berjodol Marylin Monroe

• Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu.

• Gaya umpama poster untuk pengiklanan.

Aliran-aliran seni catan di barat

• Klasik

• Barroque

• Romanticisme

• Impressionisme

• Post-Impressionisme

• Ekspressionisme

• Kubisme

• Surelisme

-Seni Pop

Aliran Klasik

Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.• Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.

• Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.

• Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.

• Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.

• Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.



Leonardo Da Vinci


Michalengelo

Aliran Romanticism

• Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.

• Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu.

• Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.

• Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura

• Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik.

• Penggunaan garisan luar yang terang.

• Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja.

• Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam.

• Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

Delacroix




Delacroix



Delacroix

Goya

Aliran Barroque

• Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.

• Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.

• Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.

• Latar belakang karya berwarna gelap

• Karya tertumpu kepada objek


Rembrandt


Rembrandt


Rembrandt

Aliran Impressionism

• Aliran muncul pada abad ke-19

• Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.

• Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.

• Warna bertindih-tindih.

• Tidak melukid secara detail.

• Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam.

• Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.

• Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.

• Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.


Monet


Monet


Degas


Van Gogh



Renoir

Aliran Post-Impressionisme

• Realiti itu sentiasa baru dan tegas

• bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk

• bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.

• melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat.

• melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.

• perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.

• warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.


George Seurat

Cezanne



Gauguin

Aliran Kubisme

• Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.

• Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.

• Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.

• Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.

• Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.

• Warna yang bertenaga.


Pablo Picasso





Aliran Ekpresionisme

• Menolak ciri-ciri tradisi klasik

• Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.

  • Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.

• Penggunaan warna yang dramatik

• Tidak ada imej yang jelas.

• Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.



Kandinsky



Pollock

Aliran Surelisme

• Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.

• Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.

• Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.• Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.

• Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.

• Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

Aliran Seni Pop

• Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London.

• Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.

• Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.

• Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.

• Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.• Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.




Warhol


at 1:12 AM , 0 Comments